Tuesday, 3 November 2015

Syarat Baru Permohonan SPA






























Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru SPA telah menukar peraturan baru untuk permohonan jawatan...Ini agak mengejutkan dan bagi aku yang nampak ketara adalah:

1) Hanya 15 jawatan sahaja di benarkan minta...
Belum ni tiada limit untuk pemilihan jawatan,korang boleh pilih semua.Sekarang ni hanya 15.Pilih Jawatan yang menepati kelayakan korang,tu yang pertama.Korang pilih la jawatan yang betul korang MINAT dan mempunyai BANYAK kekosangan... Contohnya untuk jawatan SPM pembantu tadbir... Kalau dah tahu korang rabun jauh,tak perlu la pilih jawatan unit beruniform.. jadi sekarang pilihan korang dah menjadi kurang...

2)Dasar "ONE STEP LOWER"
Yang mana kalau korang ada diploma,korang hanya boleh pilih jawatan peringkat SPM.. Kalau korang ada degree,korang hanya boleh apply jawatan peringkat diploma dan ini agak annoying... Untuk Jawatan peringkat SPM pun susah nak dapat... tambah pulak korang ada degree...

Perubahan sah laku pendaftaran calon bagi aku tiada masalah... cukup setahun korang boleh update... tapi dua perubahan diatas memang bagi aku sangat menyusahkan... Kalau korang rasa dengan pengalaman korang sekarang ni korang nak apply jawatan peringkat degree,teruskan... kalau aku better playsafe,simpan dulu degree tu guna diploma untuk apply jawatan peringkat SPM dan DIPLOMA...

Sekarang ramai yang ada degree... dan jawatan untuk degree dalam satu-satu jabatan boleh kata seorang dua ja.. SEORANG DUA ja.... yang ada degree beribu-ribu beb... sendiri fikir...

4 comments:

  1. hi just nak tanya..ni i amek u punya quote "kalau aku better playsafe,simpan dulu degree tu guna diploma untuk apply jawatan peringkat SPM dan DIPLOMA".
    so contohnya kalau dah 5 tahun selama ni kita apply spa guna degree but tahun ni tiba2 nak tukar apply jawatan guna diploma boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah cuba tukar permohonan guna spm dari degree, mmg tak dapat. SPA dapat trace org yang ada degree dgn yang tiada. Paling sedih, pihak SPA tidak pun bagitahu pemohon yang permohon mereka tidak diproses, kecuali pemohon sendiri bertanya.

      Delete
  2. EnglishTHE HACK GEEKS
    Hack Geeks adalah organisasi HACKERS dengan motif untuk membantu individu memahami batasan dalam teknologi.
    Kami menawarkan perkhidmatan dalam:
    * Pengklonan telefon, penggodaman dan pengesanan.
    *Pengaturcaraan komputer
    * Reka bentuk web
    * Serangan siber
    * Peningkatan skor kredit
    * Dokumen menghidu, memotong atau menukar dan banyak lagi.
    Kami memberi anda maklumat mengenai bagaimana kami akan mendapat pekerjaan dan penggodam yang bertanggungjawab terhadap tugas anda.
    Hubungi:
    thehackgeeks@gmail.com
    THE HACK GEEKS.

    ReplyDelete
  3. Saya dah update degree dekat spa. saya tak fikir panjang. lepas grad terus isi kelayakan akademik peringkat degree. dan benda ni buatkan saya menyesal sebab banyak jaatan yang tak boleh mohon. macam mana saya nak remove kelayakan akademik peringkat tinggi dekat spa ye? ada cara tak?

    ReplyDelete