Tuesday, 3 November 2015

Syarat Baru Permohonan SPA






























Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru SPA telah menukar peraturan baru untuk permohonan jawatan...Ini agak mengejutkan dan bagi aku yang nampak ketara adalah:

1) Hanya 15 jawatan sahaja di benarkan minta...
Belum ni tiada limit untuk pemilihan jawatan,korang boleh pilih semua.Sekarang ni hanya 15.Pilih Jawatan yang menepati kelayakan korang,tu yang pertama.Korang pilih la jawatan yang betul korang MINAT dan mempunyai BANYAK kekosangan... Contohnya untuk jawatan SPM pembantu tadbir... Kalau dah tahu korang rabun jauh,tak perlu la pilih jawatan unit beruniform.. jadi sekarang pilihan korang dah menjadi kurang...

2)Dasar "ONE STEP LOWER"
Yang mana kalau korang ada diploma,korang hanya boleh pilih jawatan peringkat SPM.. Kalau korang ada degree,korang hanya boleh apply jawatan peringkat diploma dan ini agak annoying... Untuk Jawatan peringkat SPM pun susah nak dapat... tambah pulak korang ada degree...

Perubahan sah laku pendaftaran calon bagi aku tiada masalah... cukup setahun korang boleh update... tapi dua perubahan diatas memang bagi aku sangat menyusahkan... Kalau korang rasa dengan pengalaman korang sekarang ni korang nak apply jawatan peringkat degree,teruskan... kalau aku better playsafe,simpan dulu degree tu guna diploma untuk apply jawatan peringkat SPM dan DIPLOMA...

Sekarang ramai yang ada degree... dan jawatan untuk degree dalam satu-satu jabatan boleh kata seorang dua ja.. SEORANG DUA ja.... yang ada degree beribu-ribu beb... sendiri fikir...

Cara untuk iklankan barang di Mudah.my


Rasanya sudah hampir 5 tahun aku mengunakan Mudah.my.Sepadan dengan nama website tu,memang MUDAH untuk iklan barang-barang disitu dan PERCUMA sahaja dan tidak terhad kepada barang-barang baru tapi termasuk la barang secondhand atau terpakai.

Ramai yang tanya aku... macam mana nak iklan barang kat mudah? aku kata mudah ja,buka je la mudah.my.. diorang cakap,bukan kena bayar ke?? tidaklah... PERCUMA ja... so meh aku tunjuk kan kat korang...

First korang search mudah.my...


dan bila korang klik akan keluar macam ni...

Bila sampai ke page ni... korang tekan butang kuning yang tulis POST FREE AD..



Dan akan keluar page ini....


Sebelum iklan kan barang korang... korang kena la isi dulu maklumat tentang barang korang...Kenapa pulak nak isi benda alah semua ni?? mesti lah isi sebarang orang nak tahu apa yang korang jual? baru ke? nak contact korang macam mana? Untuk memudahkan orang yang ingin beli barang dengan korang tahu apa yang korang jual kan....

Untuk Category...
Andai kata korang nak jual kereta.. pilih la Cars... Moto Motocycles... nak jual phone pilih Mobile Phones & Gadgets dan seterusnya.... Sebagai CONTOH saya nak jual Nintendo 3ds saya... saya pilih Games & Console...

Untuk Photos...

Sebaiknya saya nasihatkan korang letak 3 gambar... mudah.my memberi ada pilih untuk meletak kan sehingga 3 gambar... anda juga boleh tidak meletakkan gambar.. Sebaiknya ada letak gambar... memberikan pembeli lebih yakin dengan barang iklan kan dan sekaligus menarik perhatian mereka untuk membeli dengan anda... gambar mesti la jelas dan sebaiknya di ambil dari pelbagai sudut...

Untuk Ad Details
Item type untuk model barang korang.. kalau phone,sony,asus,lenovo...
Untuk condition... kalau secondhand pilih secondhand... kalau baru pilih new
Ad Title adalah tajuk barang korang masa orang search.. pilih la title yang simple dan mudah di cari..
Description pulak cerita tentang keadaan barang korang
Price..letak harga yang korang nak jual
Item Location adalah tempat tinggal atau tempat korang nak berjumpa untuk jualbeli
Area adalah daerah tempat korang..

Untuk My Details
Tulis maklumat korang... ini untuk memudahkan orang untuk contact korang... sebaiknya korang ada whatsapp... letak email betul korang...

Lastly...


Accept Swap untuk pilihan sama ada korang nak tukar sama suka.. contoh korang ada iphone 6... nak tukar dengan Samsung S6... korang pilih accept swap dan diruang kosong tulis korang nak tukar dengan phone apa.. kalau orang nak cash je... xpayah pilih

Password.. masuk kan password yang korang mudah egat... password ini untuk korang delete iklan korang nt....

Dan isi penuh... tekan submit...


Senangkan?? Tekan Preview kalau nak usha dulu iklan korang macam mana... Andai kata masih ada x lengkap dia akan bgtau...  

Masih ada keraguan? Actually ada banyak lagi benda... saya akan bagitau di masa akan datang.. sebarang persoalan boleh tanya...

Ada banyak lagi website yang korang boleh iklan,OLX,Lelong.my.. tapi rasanya mudah.my paling famous...